Selasa, 22 Oktober 2013

jika cinta allah ahmad dhani cover

Minggu, 26 Februari 2012

CARA MENGHILANGKAN KESAN DEODORANT PADA BAJU

Salam kepada para pembaca yang budiman..disini ingin saya kongsikan sedikit petua atau cara2 bagaimana nak menghilangkan kesan deodorant yang melekat bagai kerak pada ketiak baju t shirt kegemaran anda ,maklumlah..baju t shirt kalau yang murah2 tu mungkin tidak mengapalah sangat tapi bagaimana pula kalau baju t shirt anda yang agak mahal harganya jadi begitu dan bagaimana pula anda menyelamatkan baju tersebut??saya sendiri pernah mencuba menghilangkan kesan degil tersebut dengan merendam baju berwarna putih dengan clorox!!mula2 memang lah menjadi...lama kelamaan...baju yang putih tu pulak jadi kuning..dan bagaimana pula dengan baju yang berwarna gelap,tak kan nak clorox sekali kot??maksudnye..Clorox memang gagal dalam menyahkan kesan deodorant pada baju..lebih buruk lagi baju itu akan menjadi reput akibat kesan clorox..jadi apa kata anda semua pergi cari thinner cat atau paint thinner seperti contoh disini..

terdapat pelbagai brand thinner di pasaran,tetapi saya memilih thinner dibawah bajet sekitar RM4.00 boleh ditemui di kedai2 hardware..hasil dari kajian saya sendiri ternyata thinner dapat membantu menghilangkan kesan degil deodorant pada baju anda lebih2 lagi jenis t shirt yang berwarna gelap baik hitam,kelabu,biru,hijau merah ataupun kelabu putih..dan thinner ini juga tidak akan menyebabkan pakaian anda yang berwarna menjadi LUNTUR atau REPUT!!pertama kali saya mendapat idea menggunakan thinner sewaktu saya mencuci permukaan kerja2 pertukangan saya,kebetulan saya menggunakan kain yang berwarna hitam atau lebih jelas saya katakan kain dari t shirt2 buruk saya,setelah saya dapati thinner tidak melunturkan warna pada t shirt buruk saya itu maka saya memberanikan diri untuk mencuba pula pada baju yang sering saya gunakan dan paling berkerak pada ketiaknya..kerana baju berwarna gelap adalah lebih jelas kelihatan kesan kerak akibat penggunaan deodorant..caranya ialah,cari satu mangkuk,tuangkan sedikit thinner dalam ukuran suku penuh mangkuk tersebut kemudian rendamkan bahagian ketiak baju yang berkerak itu..pastikan tidak merebak ke bahagian baju yang lain..biarkan sebentar..kemudian cari gunting kertas saiz sederhana sebagai pengikis dan kikiskanlah secara perlahan2 permukaan yang tercemar tersebut sehingga melekat kesan2 deodorant yg telah mencair,aliskan pada kertas tisu kesan kotoran kerak tadi..pastikan baju tidak luka atau terkoyak,kemudian yang terakhir gunakan berus plastik yg keras untuk menyental permukaan itu..ulang sehingga anda nampak kesan yang terbaik...kemudian rendamlah baju anda dengan sabun basuh untuk menghilangkan kesan bau akibat thinner tadi..saya mengesorkan sabun basuh jenis fab colour dan biarkan baju anda semalaman
ke esokkan harinya bolehlah anda basuh baju yang direndam tadi..namun perlu diingatkan bahawa kebarangkalian akan terdapat kesan putih dan kering pada baju tersebut,ini mungkin disebabkan penggunaan deodorant yang melampau atau deodorant tidak dikeringkan pada badan dengan betul maka berkerak lah baju anda..maka kesan thinner tadi bergantung pada keterukkan kerak pada baju anda...walaupun tidak dijamin 100% dapat menghilangkan kesan kerak pada baju dengan sempurna tetapi sekurang2nya dapat juga ia menyelamatkan bahagian ketiak baju anda sebanyak 80% bergantung pada kesan degil tersebut dan sekurang2nya baju tersebut tidak dibuang begitu sahaja....

disini terdapat jenama2 deodorant dipasaran yang pernah saya gunakan suatu ketika dahulu...deodorant ini telah banyak mengakibatkan kerak dan kesan yg degil pada ketiak baju saya...sehinggalah saya bertemu brand adidas seperti dibawah...hasil penelitian saya didapati deodorant dari jenama lain meninggalkan kesan yang lebih teruk berbanding jenama adidas yang agak nipis,cepat kering dan walaupun ianya melekat tetapi tidaklah kronik berbanding jenama2 yang pernah saya gunakan...jadi..pilihlah deodorant jenama adidas..harganya agak mahal sedikit berbanding deodorant jenama lain akan tetapi sekurang2nya t shirt kegemaran anda tidak menjadi mangsa kronik akibat deodorant murah!sekian selamat mencuba semua...he he he...